Pada hari ke 5 Ramadhan kegiatan rutin Shalat dzuhur berjamaah kembali digelar di Masjid Al Mahkamah.
Dalam kesempatan ini, Kultum Ramadhan oleh Dr. Mashudi, S.H., M.H.I membicarakan satu topik yang sangat penting dalam kehidupan kita sebagai umat Islam, yaitu "Membelanjakan Harta dengan Bijak dalam Kerangka Zakat." Dalam kehidupan seharian, kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan dalam membelanjakan harta. Namun, sebagai umat Islam, kita perlu memahami bahawa segala rezeki yang kita terima adalah hak Allah SWT, dan kita hanya sebagai pemegang amanah.
Sebagai umat Islam, kita diajarkan untuk tidak membelanjakan harta secara boros dan melampaui batas sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra' (17:29). “Kewajipan untuk memberikan sebahagian daripada harta yang dimiliki kepada golongan yang berhak merupakan salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim”, tuturnya. Zakat bukan hanya bertujuan untuk membersihkan harta, tetapi juga untuk menumbuhkan rasa empati dan kasih sayang antara sesama umat Islam.

Layanan PRIMA, Putusan BERKUALITAS ✨